OK Computer Solution Gombak : 5 Tips Mudah Buat Pembeli Yang Dapat Mengelakkan Tragedi Low Yat Berulang Lagi

CARI Model Laptop

Monday, 13 July 2015

5 Tips Mudah Buat Pembeli Yang Dapat Mengelakkan Tragedi Low Yat Berulang Lagi


Isu Low Yat Plaza.

Sudah tidak asing lagi masalah yang kerap timbul yang melibatkan penjual dan pembeli di Plaza low yat.

Pada kami , akan ada sentiasa isu dan salah faham yang berlaku di Plaza Low Yat sejak dulu hingga kini. Kami dengan pendirian yang tidak semua kedai bermasalah sekiranya kuasa membeli dan pilihan ada di tangan pelanggan dan hak sebagai pembeli. 

Suka kami kongsikan bagaimana 5 Tips mudah ini bantu anda dalam urusan jual beli supaya tidak berlaku lagi tragedi sedemekian rupa. Jom lihat bawah , OK Computer Solution nak kongsikan pada anda. ye anda yang sedang membaca sekarang









Berikut adalah kaedah yang tuan dapat buat.
1. Senaraikan Perbandingan Harga Barang
Sebelum tulis, lihat dahulu harga barang anda di tempat lain dulu misalnya.
Jika ada yang lagi murah, dekat dan jimat anda ke sana, maka tidak lah perlu ke tempat yang lagi mahal harganya dan jauh.
Namun, ada pembeli akan lebih selesa dengan kedai yang 'WoW' dan selamat kerana pernah buat urusan jual beli dan terima servis serta yakin setelah menggunakan servisnya.
Utamakan yang kedai terbaik sahaja.
2. Gunakan kaedah 'Negotiation'
Tahukah yang  ramai antara kita tidak pernah menggunakan hak pelanggan dalam tawar menawar ? Alangkah ruginya sekiranya servis perkhidmatan atau produk yang mana ada diskaun boleh jimatkan hampir separuh duit poket kita.
Contohnya , laptop yang berharga RM2490 yang boleh kurang sehingga RM2000 sekiranya kita minta tawar dengan penjual. Penjual dapat beri harga Rm2000 kerana masih ada lagi margin keuntungan buatnya. Di Situ anda pasti dapat jimat duit poket anda sebanyak RM490 .. tak lah banyak sangat kan.. cuma boleh buat duit makan untuk sebulan je. Daripada tak mencuba langsung kan.
Dan jangan minta tawar sekiranya disitu sudah ada perkataan ' Harga Tetap'  mungkin kita boleh cari kelebihan lain dari segi baucer,hadiah dan jaminan yang ditawarkan.
3. Cari Jaminan (Warranty)
Pilihlah jaminan yang paling lama untuk tuan sekeluarga.
Jika kedai ini menawarkan 1 bulan jaminan. Mengapa tidak lagi kita cari kedai yang boleh menawarkan 3 atau 6  bulan Jaminan lamanya. Lagi bagus ada Polisi jaminan wang dikembalikan dan Exchange 1 to 1 sekiranya rosak.
Beritahu penjual yang hak jaminan diberikan hendaklah bertulis atau dicetak dan ada didalam resit pembelian. Apakah tujuan keluar rumah, berapa lama yang diperlukan, supaya mereka dapat beri kerjasama ketika membeli-belah.
Emosi ibu bapa tak terganggu sebab anak-anak kecil pun tidak berapa nak meragam.
4. Pilih kedai yang menawarkan Harga Terbaik
Tetapkan lokasi lebih awal.
Bukan ikut hati.
Ada kedai yang menawarkan harga lebih rendah untuk ahli. Ada juga yang menawarkan voucher. Ada kedai yang menawarkan diskaun tak masuk akal.
Sudah macam-macam  cara kedai nak tarik pelanggan.
Kebiasannya, puan-puan lebih mahir bab mencari jualan murah.
5. Beli dengan Penjual yang Mesra Pelanggan
Urusan jual beli akan lebih mudah sekiranya penjual itu mudah faham akan masalah kita dan mesra pelanggan sekiranya kita ada masalah berkenaan servis mahupun barang yang kita beli.
Kita akan mudah rujuk semula dengan penjual yang ramah dan mesra pelanggan sekiranya kita ada masalah dengan servis dan gadjet atau laptop yang kita baru beli.
Ingat.. , penjual pun manusia biasa harus jua pembeli gunakan adab yang baik ketika urusan jual beli.

.


Noktah.



                                                   

Maka tragedi pergaduhan yang seperti dikhabarkan barang yang dibeli tidak Ori / Ditipu / Tidak Ramah / Enggan Pulangkan Duit pembeli / dapat di elakkan. Ini adminkan ceritakan yang berlaku di nepal sana bukan kat malaysia.. Ini sekadar penkongsian bagi pelanggan kami yang ingin adakan urusan jual beli di luar sana.

Ingat kena ada ilmu untuk ke Plaza Lowyat semoga ilmu diatas sedikit membantu . SHARE jika perlu sebar kebaikan pada kawan sekeliling anda.



Sekian dari kami OK Computer Solution Gombak




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...