OK Computer Solution Gombak : APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)?

CARI Model Laptop

Thursday, 22 October 2015

APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)?

Solid State Drive (SSD) menjadi buruan ramai pengguna Macbook Pro pada masa kini kerana ianya membari banyak kelebihan berbanding Hard Disk Drive (HDD). Hampir 90% pengguna Macbook Pro model A1278 dan Macbook Pro model A1286 datang ke kedai kami semata-mata menukar HDD kepada SSD.


Ini sangat terbukti apabila kami membuat video perbezaan kelajuan antara SSD dan HDD (Klik Di Sini). Malah bukan kelajuan sahaja yang ada pada SSD ini, mari kami kongsikan beberapa kelebihan lain yang ada pada SSD yang ramai tidak tahu.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                  
SSD LEBIH TAHAN LASAK
   
SSD menampilkan rekaan yang bukan mekanikal yang mana menggunakan Flash NAND yang dipasang pada papan litar dan dapat menahan hentakan sehingga 1500g/0.5ms manakala HDD pula terdiri daripada pelbagai bahagian yang bergerak menjadikan mereka mudah terdedah dengan gegaran dan kerosakan.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  SSD LEBIH PANTAS


SSD 100 kali lebih pantas berbanding HDD, akses data tidak sampai sesaat, boot up lebih cepat, transfer fail lebih cepat, malah keseluruhan proses pengkomputeran dapat dijalankan dengan lebih cepat berbanding HDD.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 SSD KURANG MENGGUNAKAN KUASA (POWER)


SSD kurang menggunakan kuasa walaupun berada pada prestasi yang maksima, kurang daripada 2W vs 6W untuk HDD. Kecekapan SSD membolehkan bateri dapat bertahan lebih lama di dalam Macbook, malah dapat mengurangkan tekanan kuasa untuk penggunaan sistem dan persekitaran pengkomputeran yang lebih sejuk.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SSD LEBIH RINGAN


SSD jauh lebih ringan berbanding dengan HDD, kebanyakan SSD berat 77g vs 152.5g untuk HDD. Jadi anda boleh membawa ke mana sahaja Macbook anda tanpa beban yang berat.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 SSD LEBIH SEJUK

Selain daripada penyimpanan tenaga yang cekap, SSD juga menghasilkan haba yang sedikit berbanding dengan HDD, ini kerana SSD hanya memerlukan sedikit tenaga untuk beroperasi dan jalan proses pengkomputeran dalam Macbook anda.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 SSD LEBIH SENYAP


SSD lebih senyap kerana tiada bahagian yang bergerak di dalamnya, jadi SSD tidak mengganggu  anda ketika mana anda sedang menonton movie atau sedang bermain game, berbeza dengan HDD kerana banyak komponen yang bekerja di dalamnya dan menghasilkan bunyi yang boleh merimaskan anda.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD memberi manfaat yang besar kepada kita pada hari ini, tidak kira apa jua cara kita gunakannya, samada kita mahu menyegarkan Macbook lama atau untuk memaksimumkan potensi Macbook yang sedia ada.

SSD adalah cara utama untuk rasa perbezaan prestasi Macbook anda setiap hari.


CALL Terus atau Whatsapp


 ATAU
03 4010 3014 (UIA GOMBAK)

ATAU
03 6177 0131 (SRI GOMBAK)

TESTIMONI





































































































Artikel ini adalah bagi mereka yang mencari tentang Apple, Macbook, Apple Macbook, SSD, Solid State Drive, HDD, Hard Disk Drive, ok, ok computer, ok computer solution, ok computer solution gombak, ok computer  gombak, kedai komputer  gombak, kedai komputer di  gombak, repair laptop gombak, pickup and delivery services, delivery service

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...