OK Computer Solution Gombak : Gelas Ini Boleh Menyimpan Gambar 360TB Selama 13.8 Billion Tahun

CARI Model Laptop

Wednesday, 17 February 2016

Gelas Ini Boleh Menyimpan Gambar 360TB Selama 13.8 Billion Tahun

Sekiranya anda backup data di dalam HDD atau Pendrive . Ada kemungkinan yang data anda tidak mungkin tahan lama disebabkan beberapa faktor ini. Salah satunya faktor adalah disebabkan "disc rot" dan " data rot". Tetapi persoalannya yang boleh buat data gambar yang berharga anda boleh bertahan lama daripada anda? Berita Baik: ada satu (storan kekal abadi) teknologi yang mungkin tak logik lumrahnya.

Saintis telah menciptakan nanostruktur gelas disc yang mana boleh menyimpan digital data selama berbillion tahun lamanya.
Penyelidik daripada University Southampton mengumumkan pada minggu yang dia telah menemui formula teknologi yang boleh menyimpan data yang terlalu banyak didalam gelas kaca yang kecil menggunakan penulisan laser. Ia dipanggil sebagai 5 Dimensi (5D) Digital data kerana posisi data dan size memberi peranan juga dalam teknologi hebat ini.

Gelas ini boleh menyimpan sebanyak 360TB setiap satu. Dan sangat stabil hingga suhunya dapat mencecah sehingga 1,000°C dan fakta yang membuatkan anda juga tidak mempercayainya adalah data ini dapat disimpan dengan selamat selama 13.8 Billion tahun pada suhu bilik sekitar maksimum 190°C.

Ia adalah satu penemuan awesome yang mana membuka era baru untuk storan data yang boleh kekal lama kerana disc yang digunakan adalah bersifat kekal jangka hayat. Pihak Universiti mengatakan yang muzium , arkib negara dan perpustakaan mungkin sangat memerlukan kelebihan yang ada pada storan ini.
Setakat ini , Saintist telah melakukan ujikaji dimana menyimpan data penting dari UDHR ( Universal Declration of Human Right) , Tokoh tertentu juga menyifatkan yang disc ini akan hidup mana seperti bangsa manusia hidup di dunia ini.

Ini Universal Declaration of Human Rights yang direkod didalam 5D glass disc.
Pihak Penyelidik menyatakan masih lagi mencari syarikat yang untuk membantu mengeluarkan teknologi ini untuk ke luar market.Setakat ini masih lagi belum ada yang menaja atau melabur pada teknologi ini yang mana mungkin sangat diperlukan untuk semua orang pada satu hari nanti supaya berguna pada anak cucu kita nanti untuk dijadikan monumen sejarah untuk ditatap.

Kami juga membantu anda sekiranya ada masalah HDD Rosak dan anda ingin Data Anda Kembali.

Whatsapp untuk BANTUAN






Kredit Imej: Photographs by the University of Southampton / petapixel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...