OK Computer Solution Gombak : Panduan jimat data internet dengan mematikan fungsi kemaskini P2P Windows 10

CARI Model Laptop

Friday, 12 August 2016

Panduan jimat data internet dengan mematikan fungsi kemaskini P2P Windows 10

Panduan-Jimat-Windows-10

Panduan jimat data internet dengan mematikan fungsi kemaskini P2P Windows 10

Bukan satu rahsia lagi berkenaan hasrat Microsoft untuk memberikan Windows 10 kepada seramai pengguna yang boleh di seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, Microsoft mengedarkan sistem operasi berkenaan melalui cara muat turun secara rakan ke rakan (peer-to-peer). Cara yang sama dengan muat turun melalui torrent.
Masalah dari cara muat turun ini adalah ianya membebankan bagi pengguna yang mempunyai pelan data internet yang terhad. Berkongsikan fail dengan pihak ketiga dan pada masa yang sama menggunakan kuota internet yang kecil bukanlah satu langkah yang cerdik.
Yang cerdik dalam hal ini adalah Microsoft. Apabila pengguna memuat turun fail-fail pemasangan Windows 10 dari pengguna-pengguna yang sedia ada memiliki fail berkenaan, ia dapat mengurangkan beban yang dikenakan terhadap server pusat Microsoft tiap kali melayan permintaan untuk memuat turun. Ia juga dapat menjimatkan kos bagi pihak Microsoft sendiri dari segi mengawal selia server berkenaan. Akhirnya pengguna yang tak cerdik jugak yang rugi sebab tak perasan kongsikan bandwidth dengan kuota internet yang ciput.
Langkah yang cerdik adalah anda perlu mematikan tetapan ini dengan pergi ke kotak carian dan taipkan Windows Update Settings. Kemudian, klik pada Advanced Options dan pilih Choose how updates are delivered. Tetapkan suis togel padanya kepada Off.Choose-How-Updates
Bagi anda yang menguruskan komputer-komputer di makmal atau di dalam pejabat, anda mungkin perlu mempertimbangkan tetapan tadi. Anda mungkin boleh On semula suis togel berkenaan dan pilih pada PCs on my local network.
Credit : http://anakaskarpencen.com/blog/2016/06/matikan-fungsi-kemaskini-p2p-windows-10/
Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, call/whatsapp kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi


03 6177 0131 (SRI GOMBAK)
ATAU

03 4010 3014 (UIA GOMBAK)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...