OK Computer Solution Gombak : iPhone 5s Screen Replacement

CARI Model Laptop

Monday, 13 March 2017

iPhone 5s Screen Replacement

Ajaib lah kan kalau handphone seseorang tu tak pernah mengalami sebarang masalah? Lagi-lagi dapat pulak pengguna yang hardcore, ganas gila, yang tiap kali pakai phone mesti ada masalah bukan mesti, tapi wajib ada masalah. Pernah tak tengah nak letak phone tu boleh pulak phone terjatuh ataupun tengah pegang phone terlanggar atau terhentak dekat dinding etc ? 


(Sumber : Google)

Malu babe muka kacak lawa dah tapi phone screen crack. Retak segaris takpe lagi, kalau dapat yang retak seribu tu macam dalam gambar ni? diri sendiri nak tengok phone pun rasa malu dan menyampah. Menyampah tu jangan cerita la, tu memang confirm sumpah seranah. 

Jom ikut kisah Miss Wided (nama orang) hantar iPhone 5s dekat OKCS untuk tukar skrin. 


(sumber : Facebook OK Computer Solution)


Kisah : 

Pada petang minggu lepas, Miss Wided tengah syok-syok main iPhone dia tetiba tah camna boleh terlepas dari tangan. Dah terlepas tu mesti la jatuh ke bumi yang nyata ni. Cepat-cepat Miss Wided ambik phone yang ada kat lantai tile tadi dan belek keadaan phone nya. Sekali skrin retak weh! 

Bila skrin retak, automatic hati retak jugak. Syukur retak tak effect dekat motherboard. Disebabkan Miss Wided pernah tukar screen iPad 2 dekat OKCS HQ di Damansara Perdana, dia terus telefon kami di 012 365 3285 tanya tentang harga untuk tukar skrin iPhone 5S. Kami bagi harga yang murah, berpatutan dan mampu untuk semua pelanggan kami. Miss Wided setuju dengan harga yang kami bagi. 

Miss Wided datang ke OKCS dengan segera nya dan terus hulur ke kami iPhone 5S beliau. Mujur stock masih ada, kita minta Miss Wided tunggu sebentar dalam 15 minit. Ye, TUKAR SKRIN 15 MINIT. Miss Wided meminta supaya upacara tukar skrin dibuat secara face-to-face. Tidak menjadi masalah ye awak-awak. 

Jom ikuti langkah tukar skrin : 

(Sumber : OKCS HQ)

1. Buka skru pada bahagian bawah dengan menggunakan screwdriver khas. 

(Sumber : OKCS HQ)
2. Hati-hati bila buka tu, takut terbuka hati saya sekali. Eh? Bukan, takut skru hilang. Skru kecik comel je tu. 

(Sumber : OKCS HQ)

3. Guna suction cup (pengangkat LCD) untuk angkat skrin tersebut. Kalau guna suction cup yang besar macam nak buka skrin imac nanti skrin yang nak angkat ni boleh pecah seribu dua ribu tiga ribu.

(Sumber : OKCS HQ)

(Sumber : OKCS HQ)
4. Buka segala skru yang ada. TAPI sebelum tu pastikan bahawa bateri dah cabut dulu ye. Start skru bahagian bawah baru naik atas. Jangan langkah bendul.

(Sumber : OKCS HQ)
5.  Angkat skrin slow slow. Jangan sampai ribbon rosak.
Kemudian buka skru pada bahagian tepi (seperti dalam gambar) sebab kita memerlukan itu.
Kegunaan dia untuk pegang LCD tu tau. Kalau beli LCD dekat luar memang takda bagi yang tu.
(Sumber : OKCS HQ)
6. Buka skru pada ribbon yang ada pada skrin lama. Ribbon tersebut pun kita perlukan untuk letak dekat LCD yang baru. Agak "rare" sikit ye nak dapatkan ribbon tu. 

(Sumber : OKCS HQ)
7. Pasang semula holder LCD dan ribbon pada LCD yang baru. Nak bagitau fasa yang ini agak mencabar ye. Memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi menggunung ibarat gunung kinabalu mahupun fuji. 

(Sumber : OKCS HQ)
 8. Pasang semula skru-skru yang dah dicabut pada mula tadi dan jangan lupa pasang bateri. Sebelum nak pasang skru bawah sekali (lihat gambar pertama) cuba try test hidupkan dahulu iPhone tersebut. Nak tengok hidup ke tidak. Kang kalau problem nak kena buka balik dah payah dan skrin ni kalau banyak kali buka tutup untuk tukar dan sebagainya, boleh crack balik tau! Sangat sensitif.

(Sumber : OKCS HQ)

HASIL KAMI

(Sumber: OKCS HQ)



Setelah kurang daripada 15 minit proses tukar skrin ini berjalan, Alhamdulillah semua nya okay. Terus kita panggil Miss Wided untuk ambil phone beliau. Dia punya senyum fuhhhh kemain sampai telinga tau! 



"Thank you OKCS for your good service and affordable price! I will come again" - Miss Wided


Contact Us


Kedai kami terletak di alamat:

Kedai kami di UIA
Gombak berdekatan dengan  Unikl BMI 
Hantar repair terus ke UIA Gombak

OK COMPUTER SOLUTION GOMBAK
Lot 1 Print Computer shop,
Asrama Mahallah Ali,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
53100 Jalan Gombak , Kuala Lumpur

(dekat dengan batu caves, selayang,
Wangsa maju, Unikl BMI, Cheras, 
Greenwood, Sentul, Taman Melawati)

GPS Coordinate : -N 3.247828 E 101.737848

No. Tel - 013 531 6110
Tel Office - 03 40103014 (10 am-9 pm)
Email – okcomputersolutionuia@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...